MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
BAGI TAHUN 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa serta penjaga murid SK 1 Taman Selayang. Salam Ramadan 1445H.
Jemputan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36
Tarikh/Hari: 23 Mac 2024 (Sabtu)Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Uthman Ibnu Affan, SK 1 Taman Selayang
Semoga dengan kehadiran tuan puan dapat menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-36 demi manfaat pendidikan anak tuan puan semua dan kemajuan PIBG sekolah kita.
⭐pelbagai cabutan bertuah πππ menanti anda yang hadir serta sumbangan bagi keluarga murid asnafπ
Sekian, terima kasih.
Puan Kamelia binti Kamarudin
(YDP PIBG SK 1 Taman Selayang)
Puan Norsiah binti Omar
(Guru Besar SK 1 Taman Selayang)
πΏ Jom Derma Fabrik Terpakai πΏ
Hari : Sabtu & Ahad
Tarikh : 4 & 5 November 2023
Masa : 9.00 pg - 2.00 ptg
Tempat : Perkarangan SK1TS
Anjuran bersama : PIBG & SK1TS
ππΈ Jumpa anda di sana ππΈ
Kepada :
Tuan / Puan / Dato’ / Datin / Encik / Puan
Melalui :
Guru Besar,
SK (1) Taman Selayang,
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KEMUDAHAN SK1TS
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa sempena mengimarahkan bulan Ramadhan, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) akan membuat kutipan sumbangan ikhlas / wakaf / derma untuk kebaikan murid-murid SK1TS melalui Tabung Pembangunan Infrastruktur Kemudahan SK (1) Taman Selayang.
3. Sehubungan dengan itu, marilah kita merebut pahala bersedekah di bulan Ramadan dengan menyumbang tabung tersebut yang bertujuan untuk menyelesaikan beberapa isu strategik di sekolah iaitu :
a) Penambahbaikan infrastruktur kemudahan sekolah di beberapa bahagian.
b) Menukar dan menggantikan pintu kelas yang rosak.
c) Membaik pulih lantai mozek kawasan kantin yang rosak dan pecah.
d) Membaik pulih dan menceriakan tandas murid yang rosak.
4. Sumbangan tersebut boleh disalurkan menerusi akaun rasmi PIBG SK 1 Taman Selayang.
Akaun : RHB Bank
Atas nama : PIBG SRK TAMAN SELAYANG
No. Akaun : 26244700000807
Catatan : Tabung Infra SK1TS
5. Sumbangan ikhlas Tuan / Puan / Dato’ / Datin / Encik / Puan hanya Allah swt mampu membalasnya dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.