Wednesday, April 13, 2022

MEMOHON SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KEMUDAHAN SK1TS



Kepada :

Tuan / Puan / Dato’ / Datin / Encik / Puan


Melalui :

Guru Besar,

SK (1) Taman Selayang,


Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KEMUDAHAN SK1TS


Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.


2. Dimaklumkan bahawa sempena mengimarahkan bulan Ramadhan, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) akan membuat kutipan sumbangan ikhlas / wakaf / derma untuk kebaikan murid-murid SK1TS melalui Tabung Pembangunan Infrastruktur Kemudahan SK (1) Taman Selayang.


3. Sehubungan dengan itu, marilah kita merebut pahala bersedekah di bulan Ramadan dengan menyumbang tabung tersebut yang bertujuan untuk menyelesaikan beberapa isu strategik di sekolah iaitu :

a) Penambahbaikan infrastruktur kemudahan sekolah di beberapa bahagian.

b) Menukar dan menggantikan pintu kelas yang rosak.

c) Membaik pulih lantai mozek kawasan kantin yang rosak dan pecah.

d) Membaik pulih dan menceriakan tandas murid yang rosak.


4. Sumbangan tersebut boleh disalurkan menerusi akaun rasmi PIBG SK 1 Taman Selayang.

Akaun : RHB Bank

Atas nama : PIBG SRK TAMAN SELAYANG

No. Akaun : 26244700000807

Catatan : Tabung Infra SK1TS


5. Sumbangan ikhlas Tuan / Puan / Dato’ / Datin / Encik / Puan hanya Allah swt mampu membalasnya dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.